BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Khamis, 9 Mei 2024

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada para pemenang. Bagi murid yang kurang bernasib baik jangan putus asa teruskan usaha untuk mencapai kemenangan di masa akan datang.
photo album


 

Isnin, 6 Mei 2024

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH


 Isnin:6.5.2024- Tahniah kepada murid-murid yang dipilih dan dilantikan sebagai pemimpin Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Sekolah. Teruskan menjalankan amah yang diberikan kepada anda..

photo album


Sabtu, 4 Mei 2024

MAJLIS KESYUKURAN DAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


 Sabtu:4.5.2024- Majlis Kesyukuran dan Rumah Terbuka telah diadakan di perkarangan SK Bagan Jermal. Terima kasih kepada para jemputan yang hadir  bagi mengeratkan siratulrahim di kalangan guru dan staf . Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

photo ambum


Isnin, 29 April 2024

PELANCARAN PROGRAM NILAM


Isnin:29.4.2024- Pelancaran Program Nilam telah dilancarkan dengan jayanya. Apakah Program Nilam ini. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

APAKAH MATLAMAT PROGRAM NILAM ? 

i-Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

 

APAKAH OBJEKTIF PROGRAM NILAM ? 

-Menjadikan murid banyak membaca

-Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

 BILAKAH PROGRAM NILAM BOLEH DILAKSANAKAN ? 

- Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

- Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.

 

- Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.

 







 

Rabu, 24 April 2024

MAJLIS SAMBUTAN RIANG RIA AIDILFITRI


 Selasa: 23.4.2024- Majlis Sambutan Riang Ria Aidilfitri peringkat sekolah. Terima kasih buat guru dan waris yang menyumbang makanan. Kelihatan murid sungguh gembira meraikan bersama-sama rakan sekelas.

photo album


Selasa, 23 April 2024

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Selasa:23.4.2024 - Program ini dimulai dengan langkah awal 10 minit pada hari sersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca setia hari.
 
photo album

MAJLIS PEPRISAHAN CIKGU HAZIQ

Majlis perpisahan cikgu Haziq terima kasih atas jasa dan khidmat cemerlang di SKBJ. Semoga dapat teruskan kecemerlangan di tempat bertugas yang baru.

photo album



Isnin, 22 April 2024

SEJUTA POKOK YAYASAN AMAL TYT SEKOLAH SPU PROGRAM PENANAMAN POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG


Isnin, 22.4.2024: Pihak sekolah telah selesai menanam pokok limau kasturi dengan mengikuti program sejuta pokok yayasan TYT sekolah SPU dalam sehari di Pulau Pinang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.






 

Jumaat, 5 April 2024

PEMBERIAN DUIT RAYA

Jumaat: 5.4.2024 - Pemberian duit raya untuk anak-anak SKBJ . Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang memberi sumbangan duit raya dan juga kepada pengusaha kantin sekolah kerana turut serta memberikan sumbangan duit raya untuk anak-anak SKBJ.

photo album


SUMBANGAN DUIT RAYA


 Jumaat: 5.4.2024- Pihak sekolah telah memberikan Sumbangan kepada pekerja pembersihan dan keselamatan sekolah kerana jasa dan pengorbanan mereka kepada sekolah ini amatlah besar. Sumbangan ini juga turut diberikan kepada keluarga murid -murid yang terpilih bagi meringankan beban kewangan untuk menyambut Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Sumbagan ini disampaikan oleh guru besar En.Kaber bin K.Ismail dan juga YDP SKBJ Tn. Haji Abdul Hamid bin Ibrahim Naina.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENUTUP IHYA RAMADAN 2024

 


Jumaat, 5.4.2024- Majlis Khatam Al Quran dan penutup Ihya Ramadan dapat dijalakan seperti yang dijadualkan. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menjalankan tadarus Al Quran sepanjang bulan Ramadan . Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang terlibat dalam tadarus Al Quran.
photo album


Khamis, 4 April 2024

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA WARGA SKBJ 2024


Assalamulaikum dan salam sejahtera , pihak pentadbiran SKBJ mengucapkan " Selamat Hari Raya  Maaf Zahir dan Batin " . Selamat bercuti kepada semua guru dan staf tidak lupa juga kepada Ibubapa/waris serta anak-anak murid yang disayangi . Jaga kesihatan dan keselamatan semasa pulang ke kampung beraya nanti. 







 

Rabu, 27 Mac 2024

PROGRAM IHYA RAMADHAN

 

Rabu, 27.3.2024. Alhamdulillah program Ihya ramadhan 2024 di serikan dengan Ceramah nuzul Al-Quran yang di smapaikan oleh ust Muhammad Syazwan Khamis. Ust Muhammad Syazwan merupakan bekas pelajar di SKBJ pada tahun 1996- 2001. Tahniah kepada Panitia Pendidikan islam yang berjaya mengatur pelbagai aktiviti semperna Program Ihya ramdhan 2024. Semoga Anak2 Skbj mendapat ilmu dan manfaat sepanjang program ini berlangsung.

photo album


Isnin, 11 Mac 2024

MAKLUMAT TATACARA HADIR KE SEKOLAH BAGI SESI 2024/2025


 Berikut merupakan tatacara pengurusan masa bagi waktu kedatangan dan waktu pulang murid bagi sesi 2024/2025

PEMAKAIAN RASMI SEKOLAH/ AKTIVITI SUKAN / KOKURIKULUM SESI 2024/2025


 Sukacita dimaklumkan bahawa berikut adalah merupakan pemakaian baju sukan dan seragam sekolah

Ahad, 10 Mac 2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH 2025/2026


Makluman kepada ibubapa/penjaga yang ingin memohon kemasukan anak ke Prasekolah bolehlah mendaftar dilaman sesawang berikut : https://eprasekolah.moe.gov.my/. Setelah mengisi secara online ibubapa/penjaga perlu print permohonan dan serahkan kepada Cikgu di kelas prasekolah. 





PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2025


Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my/login




Sabtu, 9 Mac 2024

ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2024


Sabtu,9 Mac 2024 Pihak sekolah telah mengadakan Orientasi untuk murid tahun 1 sesi 2024. Murid -murid yang hadir kelihatan ceria dan bersemangat untuk bersekolah. Semoga sesi persekolahan pada tahun ini berjalan lancar.

photo album