Berikut merupakan tatacara pengurusan masa bagi waktu kedatangan dan waktu pulang murid bagi sesi 2024/2025
" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".
Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.
Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.
Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.
Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.
Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.
photo album |
Alhamdulillah selesai Majlis Apresiasi Tahun 6 2023/2024. Tahniah semua murid tahun 6 yang telah melakar banyak kecemerlangan . Semoga terus cemerlang melangkah ke Sekolah Menengah nanti.
Koleksi gambar penyampaian sijil |
photo album hari apresiasi |
photo album |
Sekalung tahniah untuk pasukan Bahas Murid SK Bagan Jermal yang telah mendapat Tempat Ke 3 dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen dalam Karnival Kembangkan Potensi Tingkatkan Prestasi (KPTP) Peringkat Kebangsaan Anjuran SK Kauluan, Ranau Sabah.
Karnival ini telah diadakan pada 4 Disember 2023 sehingga 5 Januari 2024
secara atas talian sepenuhnya bagi acara Pidato, Sajak, Syair dan Bahas sehingga peringkat Suku Akhir.
SK Bagan Jermal menghantar penyertaan:
Sajak
Nur Fathiah Umairah 4 J
(Anugerah Penyertaan)
Syair
Muhd Irfan Danish 4 J
(Anugerah Gangsa- Top 10)
Bahas:
Pasukan Bahas diwakili oleh Nur Wardina (6 Jauhari), Nur Ain Syuhada (5 Jauhari), Iman Qhalish (5 Jauhari), Nazran Aizal (5 Jauhari), dan Iman Syazwan (4 Jauhari). Pasukan ini dilatih oleh Ustazah Azlina dan Cg Hafiz.
Rezeki SKBJ Memenangi nopusingan demi pusingan sehinggalah ke pusingan suku akhir Dan melayakkan Team SKBJ bertanding secara bersemuka di Dewan Kinabalu, Kinabalu Park Kundasang Sabah.
Pasukan SKBJ telah tewas di peringkat Separuh Akhir 1 dengan pasukan dari Kelantan yang diwakili oleh SK Datu' Hashim. Namun Pasukan SKBJ meneruskan rentak cemerlang dalam penentuan Tempat ke3/4 dengan mendapat undian majoriti juri 5-0 mengalahkan SJKC Chung Hwa Kota Belud.
Pembahas SKBJ, Nur Wardina di anugerahkan sebagai Pembahas Terbaik Peringkat 3/4 Dan Pembahas Kedua terbaik Keseluruhan daripada semua peserta Bahas.
Hadiah Pertandingan telah di sampaikan oleh Pengarah JPN Sabah. Pada majlis penutup juga Tn Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail berkesempatan menandatangani Sijil Jaringan Kolaboratif dengan SK Kauluan, Ranau Sabah Dan disaksikan bersama Tn YDP PIBG, Tn HJ Abdul Hamid Bin Ibrahim Naina.
Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih kepada Penyumbang-penyumbang yang menjayakan perjalanan Team Bahas ke Sabah. Antaranya YB Senator Dr Lingesh, YB Dato' Seri Rizal Merican, Tn YDP PIBG SKBJ Dan Rakan², Syarikat Harfa Butterworth, Syarikat Jayamas, Para Waris, Guru-Guru Dan kepada semua individu yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima Kasih Khas buat Tn YDP PIBG , Tn HJ Abdul Hamid penggerak utama dalam sumbangan ini bersama AJK² PIBG ke semuanya.
Tidak dilupa kalungan Terima Kasih kepada Tn Guru Besar Dan barisan pentabbir serta guru² pengiring iaitu Ustazah Azlina, Cikgu Hafiz Dan Cikgu Zarina yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kejayaan ini.
Tahniah!! Sayangi sekolahku, SKBJ Nombor 1!!
photo album |
Rabu,13.12.2023. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan suasana yang meriah dengan kehadiran YB Chee Yeeh Keen (Adun Bagan Jermal), AJK PIBG . Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga ialah generasi yang bakal mewarisi dunia ini daripada kita. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah yang merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.
photo album |
SELASA ,5.12.2023 .Program Inclusive STEM Outreach yang merupakan Jalinan Kolaboratif antara SK Bagan Jermal dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).Program STEM Outreach ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid dalam bidang STEM. Aktiviti yang melibatkan matematik dan sains telah dijalankan iaitu "Brain Hat Fun" dan "Wooden Stick Puzzle". Penglibatan adalah dari murid-murid tahun 5 dan 6 serta PPKI.Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada pihak UTAR yang diketuai oleh YBrs Dr Ong Kia Ju dan pensyarah-pensyarah yang sudi menerima jemputan untuk aktiviti STEM Outreach ke SK Bagan Jermal.
Isnin(4 Disember 2023), Tn Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail telah melancarkan MINGGU DIGITAL MATEMATIK yang bermula dari 4 Disember hingga 8 Disember 2023.Pelbagai akitiviti menarik telah dirancang oleh Panitia Matematik bagi menjayakan Pendigitalan dalam Matematik.Antara Aktiviti yang dijalankan, Maths Wordwall Challenge, Cabaran Gamifikasi Matematik, MathKahoot, Mathematics Quiziz, Maths Decathlon, Kuiz Kemahiran Digital Matematik, Math Riddle, Teka Coklat, Congak Pantas, SifirRia Dan Woksyop STEM Outreach Jalinan bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Ayuh...sama-sama kita meriahkan.
#MATHS is FUN
Penyampaian Anugerah Rambu dan Jota Joti kepada ahli pengakap kanak-kanak . Tahniah diucapkan kepada pengakap yang aktif menjalani aktiviti pengakap di peringkat Sekolah , Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
photo album |
Minggu Panitia Bahasa Melayu telah diadakan pada 27 November 2023 hingga 1 Disember 2023.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Teka silangkata untuk murid tahap 2
2. Bacaan cepat dan betul
3. Mencari Kosa Kata Baharu untuk Tahun 3
4. Sajak untuk tahun 4
5. Bacaan lancar untuk murid pemulihan
photo album |
SK Bagan Jermal adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.